Tuesday, August 17, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk minggu ke 6 ini tajuk yang sangat-sangat menarik iaitu mak yung dan kompang. Sebelum mengikuti kuliah minggu ini, terlebih dahulu saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengetahuan yang saya ada mengenai mak yung dan kompang. Pengetahuan saya mengenai Mak Yung tidak banyak sebelum ini saya hanya tahu bahawa mak yung ini adalah satu jeni muzik tradisional yang mempunyai tarian sahaja saya tidak tahu mengenai sejarahnya. Manakala untuk kompang, satu kelebihan kepada saya sebagai pelajar muzik kerana sudah terlebih dahulu mengenali kompang itu. Apa-apa pun untuk tujuan pembelajaran saya sangat suka untuk membuat refleksi untuk menyegarkan kembali apa yang telah saya pelajari pada minggu ini. Ada baiknya jika saya mulakan dengan mak yung, mak yung ini berasal dari patani(kerajaan melayu lama) kemudiannya ia tersebar luasdi semenanjung malaysia, medan dan kepulauan riau lingga indonesia. sesudah 200tahun ianya berpindah ke kelantan dan kedah. yang mana muzik mak yung ini dibawah naungan Tengku Ghaffar yang pada mulanya muzik ini ada muzik istana dan kemudian menjadi muzik rakyat. Persembahan mak yung ini mempunyai dua tujuan, iaitu untuk tujuan ritual dan persembahan. Tujuan ritual disini adalah persembahan untuk menyembuhkan penyakit yang dinama kan Main Puteri dan seterusnya untuk persembahan ditengah-tengah panggung. dalam mak yung ini terdapat banyak watak-watak yang dimainkan seperti pak yung dan pak yung muda(watak utama) mak yung dan puteri mak yung(raja perempuan) peran tua dan peran muda(pengasuh) dan tok wak(ahli nujum dan tukang). contoh lagu yang ada dalam muzik mak yung adalah mengadap rebab, kijang mas dan lagu sindung. untuk memainkan mak yung ianya mempunyai urutan dari mula hingga akhir. alat-alat yang terdapat dalam mak yung adalah gendang, tetawak dan rebab mana kala alat tambahan serunai, geduk dan canang. bentuk atau form dalam muzik mak yung ini ditentukan oleh sistem gongan, ia dikawal oleh tetawak, sistem gongan sepereti 8bit,16 bit, dan 32 bit. iramanya pula menggunakan 4 timbre(pak, duh, cak, ting)tempoh yang perlahan dan dimainkan secara meningkah. dalam mak yung ini melodi dimainkan oleh penyanyi dan rebab.

 kompang pula berasal dari arab ini kerana di arab terdapat satu alat yang bentuknya serupa dangan kompang. permainan kompang ini dibawa oleh pedangan arab ke nusantara ia digunakan untuk menaraik perhatian pembeli dipercayai ianya menjadi ikutan kepada orang tempatan dan seterusnya kompang terus berkembang sehingga kini. manakala permainan kompang pula berkembang ke tanah melayu akibat imigrasi masyarakat jawa. dalam permaian kompang inil, terdapat perkara-perkara yang harus dititik beratkan iaitu mengenai adab bermain kompang pertamanya pakaian, selepas itu kompang tidak boleh dilentangkan, tidak boleh dilambung, dan meletakkan arah kulit dilantai. untuk kompang ini terdapat 2 bahagian utama iaitu. belulang dan belulang baluh. terdapat beberapa fungsi kompang dimain kan antaranya, mengiringi nyanyian(nasyid), mengarak pengantin, majlis berkhatan, berkhatam quran, dan upacara rasmi. selain itu, ia juga dimainkan untuk orkestra dan dalam muzik tradisional yang lain, ia juga sebagai pemangkin semangat dalam apa-apa perlawanan dan menjadi pertandingan. terdapat empat jenis permainan utama kompang iaitu,hadrah,johor/jawa, eizhar, dan kelalang. ianya mempunyai pelbagai saiz mengikut umur pemain, dan irama dalam kompang cuma ada dua sahaja iaitu bung dan pak.

untuk mendapat lebih pengatahuan atau banyangan bagaimana ia dimainkan kita boleh membuka youtube untuk melihat teknik-teknik untuk memainkan kompang dan bagaimana untuk memainkan sesebuah lagu kompang. kita juga boleh mencari maklumat melalui buku-buku yang berkaitan muzik-muzik tradisional.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 QAYYUM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template