Sunday, August 8, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 4

Pada mulanya saya hanya tau wayang kulit kelantan sahaja, kerana wayang kulit memang terkenal di kelatan, saya tidak tahu wayang kulit selain daripada wayang kulit kelantan. saya juga banyak melihat wayang-wayang kulit kelantan dari youtube. sebelum ni saya hanya tahu serba sedikit tentang wayang kulit kelantan seperti alat-alat yang digunakan dalam wayang kulit, bahasa yang digunakan, isi cerita yang di utarakan dan rupa bentuk patungnya tidak secara keseluruhan.

          Tapi selepas kuliah minggu ni, yang mana pada kali ini kami telah di sajikan dengan tajuk yang sangat menarik iaitu wayang kulit, selepas mengikuti kuliah ini, saya dapati wayang kulit bukan sahaja terdiri dari wanyang kulit kelantan tetapi terdapat 3 lagi jenis wayang kulit iaitu melayu, gedek, dan jawa. Apa yang saya dapati dalam ke empat-empat jenis wayang kulit ni. terdapat perbezaan dan sedikit persamaan. perbezaan dan persamaan dalam ke empat-empat jenis wayang kulit ini kita boleh lihat dari 4 aspik utama iaitu isi cerita, penggunaan bahasa, alat-alat yang digunakan, dan akhir sekali rupa bentuk patung. sebagai contoh, saya mengambil dua jenis wayang kulit untuk menampakkan perbezaan dan persamaan iaitu wayang kulit jawa dan wayang kulit melayu. dari aspek isi cerita, kedua-dua wayang kulit ini berunsur epik mahabrata, manakala dari segi patungnya pula wayang kulit jawa menampakkan perbezaan watak dari mata patung seperti mata jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak petapa manakala dalam wayang kulit melayu pula menunjukkan perbezaan pada kedudukan kepala patung seperti patung yang berwatak baik biasanya menundukkan kepalanya, manakala watak yang sombong kepalanya mendongak ke atas. dari segi bahasa pula, bagi wayang kulit jawa sudah tentu menggunakan bahasa ibonda mereka iaitu bahasa jawa manakala wayang kulit melayu pula menggunakan bahasa jawa dan bahasa tempatan. akhir sekali dari aspek alat-alat yang digunakan, dalam wayang kulit jawa mereka tidak menggunakan alat dari keluarga kordofon dan aerofon manakala bagi wayang kulit melayu mereka menggunakan alat dari keluarga kordofon, membranofon dan idiofon.

         Dari kuliah ini kita boleh mempelajari lebih mendalam mengenai wayang-wayang kulit yang ada. Bahan rujukan kita boleh dapati dari internet dan kita boleh tengok contoh-contoh video melalui youtube. kita juga boleh dapatkan bahan-bahan mengenai wayang kulit ini dari buku-buku mengenai muzik trasional.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 QAYYUM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template