Monday, August 9, 2010

Jurnal Refleksi Minggu Ke 5

Apabila menyebut tentang gamelan dan caklempong, pertama sekali yang akan terlintas difikiran saya ialah alat ini dimainkan secara dipukul, atas kelebihan yang saya ada kerana telah mengambil jurusan muzik ini. Saya sudah terlebih dahulu mengenali kedua-dua muzik tradisional ini, secara menyeluruh tetapi tidak lah semua benda yang saya sudah pelajari diingati, sebelum mulanya kuliah minggu ke 5 ini, saya sudah sedia tahu nama-nama bagi alat2 yang ada dalam muzik gamelan dan caklempong  begitu juga serba sedikit mengenai asal usul kewujudan muzik ini. walaubagaimanapun untuk tujuan pembelajaran bersama,  saysa ingin membuat refleksi untuk mengingati apa yang telah saya lupa dan mengambil benda baru yang baru saya pelajari.
        
         Pada minggu ke 5 ini, kuliah yang telah didedahkan kepada kami ialah muzik gamelan dan caklempong, yang mana kedua-dua muzik ini sangat mengasyikkan. Secara keseluruhannya, kedua-dua jenis muzik ini adalah berbeza sama sekali cuma yang sama adalah kedua-dua muzik ini dimainkan dengan cara dipaluh atau tabuh ataupun dipukul. Untuk memulakan refleksi ini, elok la rasanya saya mulakan dengan sejarah muzik gamelan, gamelan ada dua jenis iaitu gamelan jawa dan gemelan melayu. gamelan jawa berasal dari bahasa jawa yang bermaksud tabuh ataupun dipukul ini kerana alat ini tergolong dalam alat perkusi yang dimainkan secara dipukul. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap dan muzik gamelan ini dimainkan secara ensembel dan boleh juga secara bersendirian. gamelan wujud sejak T.M 1, ia dimain kan untuk menandakan ada upacara yang dilakukan dan ada juga yang menggunakannya untuk berdakwa. Alat ini adalah muzik etnik yang unik, ia berasal dari indonesia dan gamelan ini juga ada dinegara-negara jiran tapi mungkin berbeza dari namanya.Gamelan melayu atau lebih di sebut sebagai gamelan terengganu ataupun joget gamelan. Gamelan melayu wujud pada abad ke 18 di Istana Riau Lingga, ia wujud di tanah melayu apabila berlaku ikatan perkahwinan antara keluarga di Raja Riau dengan keluarga bendahara dari negeri Pahang, dan gamelan ini berpindah ke negeri terengganu apabila berlaku ikatan perkahwinan antara keluarga di Raja Pahang(Tengku Mariam) dan keluarga di Raja Terengganu(Sultan Sulaiman). Antara nama-nama alat muzik yang terdapat dalam gamelan melayu ialah gong(musical form)register paling rendah, gendang(2 nuka), saron(metalofon) barung, pekin(double note) sebagai melodi pokok, bonang atau keromong, gambang(zailofon)3 oktif lebih dan kenong(chime)penanda masa. Ia menggunakan skel pentatonik  iaitu tidak ada fa dan ti, ianya sama seperti muzik cina.

            Manakala gamelan jawa pula ianya dalam kategori muzik bentuk tarian utama. Perkataan gamel bermaksud alat tukul gamelan pula set alat muzik yang diperbuat dari gangsa. Berasal dari pulau Jawa Tengah dan dibawa oleh orang-orang jawa ketika penjajahan orang-orang eropah. Gamelan ini dimainkan untuk mengiringi tarian, dan upacara, begitu juga untuk wayang kulit. Gamelan jawa dimainkan dalam skel selendro dan pelog, skel pelog mengandungi 7 ton dan jedah diantara not agak berbeza di antara setengah ton minor ke 3. alat-alat yang terdapat dalam gemelan jawa ialah, gendang(ketipung, jiblon,bem),bonang, demung, saron baron ,saron penerus atau pekin, gambang, kenong,kempol dan gong. secara keseluruhannya mengenai tekstur adalah polifoni yang bermaksud banyak lapisan melodi dan suara,dan ia dimainkan secara berulang.

           Caklempong lebih dikenali sebagai telempong, tak lempong dan talempong. Caklempong ini terdapat di Daerah Lenggeng, kuala pilah dan jelebu di N.sembilan. Muzik caklempong ini di mainkan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwina dan keramaian. alat-alat muzik yang terdapat dalam caklempong adalah bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. skel yang digunakan dalam caklempong sama seperti alat muzik moden. untuk bahan pembelajaran kita boleh mencari buku muzik tradisional , dari internet dan untuk mendapat rupa bentuk dan cara dimainkan boleh la menonton video melalui youtube.
    
          

1 comments:

SMP2252 SALWA on October 31, 2010 at 8:21 AM said...

Betul Qayyum tetapi jika dilupakan maka kefahaman yang ada tidak dapat dipertingkatkan

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 QAYYUM Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template